Wednesday, June 15, 2011

Jadual Seminar seterusnya:

SEMINAR TERAPI HATI (On line Dgn Allah & Offline Dgn Iblis) Rahsia Reformat Diri & Hidup Anda - Langkah PERTAMA & Paling UTAMA untuk Mengubah Diri & Hidup kita adalah dengan Menghargai, Menyayangi & MENGENALI DIRI kita. Berminat Sila SMS Nama, NoTel, No IC serta LOKASI ke
013-256 6266/ 013-317 5666/ 013 262 7111 / 013 262 7222.
 
Jadual Terkini:
Ipoh 18/6/2011
JB 25/6/2011
 

Jika ALLAH sayang kita...

Jika Allah Sayang Kita Maka Allah pasti Akan Sering Menguji Kita, Tapi Allah Saja Tak Bagi Tahu Kita Yang DIA sedang Menguji Kita, Kalau DIA bagi Tahu Kita Yang Dia Sedang Menguji Kita & Kita Pula Tak Sedar Bahawa DIA sedang Menguji Kita Sebab DIA Sayang Kita & Kita Marah Pd DIA Maka Rugi Lah Kita?
 
 

Sedar DIRI

Selagi kita Tak Sedar diri Sepenuh nya, Maka kita Pasti masih Kekal Dalam LALAI, Selagi kita Tak Ingat diri Sepenuh nya, Maka Akan Pasti Lah Kita MASIH Kekal Dalam Lupa & Alpa. Apa & Apa-apa & Siapa Yang Kita Ingat, MAKA...Itu Lah tuhan yg jadi Sembahan di HATI kita.
 
 

Wednesday, June 8, 2011

Muhammad Akhir: Novel Islam Melayu Terunggul





Tajuk: Muhammad Akhir
Oleh: Anas K. Hadimaja
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 1992

Sinopsis:

Muhammad Akhir, seorang pemuda Melayu yang berjalan dalam arah yang tidak ramai boleh dititi orang, termasuk mereka yang beragama dan mengaku berjalan untuk agama Allah. Maka sentuhannya seperti mimpi indah yang sudah lama tidak dirasai orang, mendayu mereka dalam hak Tuhan yang sentiasa dalam rahmat-Nya, sedang yang tidak melihatnya mencari jalan menyingkirnya dari dunia fana. Novel ini diceritakan dalam dua pandangan pertama, seorang lelaki yang jahil agama, dan kemudiannya berubah, dan seorang wartawan.

Rasa:
Shahnon Ahmad dan sekumpulan penulis yang sudah membaca novel ini memanggil novel ini "ajaib" dan "luar biasa". Bagi saya, sebenarnya novel ini sebuah novel sufi (yang dipanggil Habiburahman sebagai novel ruhaniah, pembina diri) yang secara haknya sebuah novel yang "mengajar" tentang "mengenal diri" (ingat buku yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri?), disaluti dengan plot berkenaan seorang lelaki (lelaki ini kiranya seorang wali Allah yang nyata/hidup) yang mengajar secara sengaja atau tidak sengaja tentang Islam dan kemanisannya kepada mereka yang dijumpainya.

Setentunya hal ini masuk akal kerana mengetahui novel ini ditulis oleh seorang warga Kelantan yang sudah mafhum mempunyai pondok-pondok tradisional paling terkemuka (sekurang-kurangnya sebelum era korikulum bersepadu yang diterapkan kerajaan sekarang) di Nusantara, malah jika mereka yang "mengaji" akan menyedari bahawa teks-teks "rahsia" (seperti yang dinyatakan oleh Shahnon Ahmad dalam mengulas novel ini) sebagai teks-teks tasawuf yang pernah diajar di pondok Kelantan, juga sebuah "kitab" yang dikatakan "kitab Tuk Janggut" dalam mengajar insan tentang mengenal Allah, Islam dan diri mereka. Wallahu alam.

Ini sebuah novel yang amat-amat luar biasa. Dalam beberapa bab dan babak novel ini, saya jadi terlalu tersentuh dengan pilihan teks dan kisahnya, saya jadi menangis dan menangis. Ya, ia telah menyentuh kalbu saya berkenaan indahnya ciptaan Allah dan segala yang sempurna, lemah dan buruk itu dari Allah jua. Malah persoalan dan isu yang tampak "tegang" (jika dinyatakan dalam teks politik, seperti perkauman) tampak indah dan "terjawab" secara humanis di dalam novel ini, menunjukkan kekuasan Islam sebenarnya. Lihat secara lembut dan selamba satu perbualan berlaku:

"Rezeki manusia, Melayu atau tak Melayu, Islam atau tak Islam, semua Allah yang beri!" (hlm. 108)

"Kalau Allah buat Dol, Allah buat anak Cina, Allah buat anak India yang Dol kasi aiskrim tu, pasal apa Pak Cik Hod buat sibuk, pasal apa Dol Pak Cik Hod sayang, anak Cina tu Pak Cik Hod kurang sayang, anak India tu Pak Cik Hod tak sayang? Sayang semua tak boleh?" (hlm. 146)

Novel ini disengajakan "diceritakan" oleh dua orang, malah dipecahkan dalam dua bahagian. Satu dalam bab yang begitu panjang, menceritakan kisah seorang lelaki tua (Pak Mat) yang baru mengenal Muhammad Akhir di tempat kerjanya. Bahagian ini seakan-akan satu testimoni panjang si tukang cerita berkenaan Muhammad Akhir. Pak Mat ini seorang yang "buta agama" dan banyak melakukan dosa tetapi "berubah" apabila bertemu Muhammad Akhir. Sebenarnya "testimoni" ini seakan-akan dirakam oleh si pencerita bahagian kedua, si wartawan. Ini berlaku sewaktu lelaki tua itu ditemuramah oleh pihak berkuasa agama (kita umpamakan pihak Jakim) yang mana si wartawan ada. Saya teringat dengan novel Imam oleh Abdullah Hussain dan tanpa ragu-ragu, saya merasakan bahagian novel inilah yang di"angkat" oleh Abdullah dalam novel besarnya itu. Hal ini kerana babak "mencemas"kan ini menyatakan idealogi novel ini "dipersoal" (di sini, akidah Muhammad Akhir dipersoal) sepertimana Imam Mihad dipersoal (di sini, persoalan iktikad dan mazhab Imam Mihad). Jika saya membandingkan kedua-duanya, saya terpaksa akur kekuatan teknikal Abdullah Hussain. Tetapi sebagai satu hasil kerja menyentuh sanubari dengan cara yang amat mudah, novel ini telah lebih menyentuh jiwa saya untuk "mempercayai" Muhammad Akhir, tanpa perlu berdiskusi akan retorik agama yang berjela-jela dan konon bersifat intelektual tepu. Di sini, Muhammad Akhir menyentuh saya dengan "hati", bukan lagi "minda". Jika Imam Mihad dan Muhammad Akhir di hadapan saya, saya memilih Muhammad Akhir sebagai guru saya. Ini yang susah hendak dilawan oleh mana-mana Tehrani, Razy, Hussain atau Ahmad.

Bahagian keduanya ialah seorang wartawan yang hebat agama. Ini merupakan bahagian yang "mencabar" kerana wujud satu konflik yang besar (Jakim mencari dan mahu menangkap Muhammad Akhir, sepertimana pihak berkuasa agama mahu menangkap Imam Mihad dalam Imam) yang tidak dihabiskan oleh Anas, malah bahagian ini diberi satu anti klimaks yang agak menggusar kerana mencacat kesempurnaan novel ini. Saya merasakan "babak" ini wujud tetapi mungkin terlalu kontreversial buat DBP untuk menerbitkannya, kerana dipaparkan tanpa segan-silu dalam novel ini, bahawa ulama yang mahu Muhammad "ditangkap" merupakan ulama "makan gaji", ulama "pengikut pemerintah", dan ulama "wahabi" yang secara mengejutkan, wujud dalam mana-mana negeri pejabat agama Islam sekarang! Tetapi cara Anas menulisnya pun sungguh "lembut" ia tidak nampak pun seakan watak-watak ini "dicela". Inilah adab penulisan Islam yang saya kagumi dan saya menangis membacanya. Inilah novel Islam sebenar-benarnya.

Sebenarnya, novel ini disengajakan "memilih" dua individu tersebut, dengan gaya kolikual (bahasa percakapan/monolog) atas menyatakan "alam" mereka untuk disentuh oleh watak protagonis, dan bagaimana mereka terpesona akan "keganjilannya" kerana ia merupakan strategi pembaca untuk "merasai" pengalaman watak-wataknya (ini mengambil perumpamaan yang diajar oleh Imam Ghazali, ilmu seperti cinta, iman, hanya boleh dipelajari dengan mengalaminya). Sememangnya bahagian si wartawan itu disengaja "panjang" kerana si wartawan merupakan seorang watak "biasa" yang lebih "berilmu", maka untuk si "berilmu" itu terpesona dengan sesuatu yang "luar biasa" tentu mengambil masa, seumpama kata: "cawan hanya boleh diisi bila ia kosong dan tidak penuh", hal sufisme ini (mengosongkan diri, membersihkan diri daripada besar diri, membuang ego sebagai seorang yang hebat) yang jarang-jarang disediakan oleh penulis generasi sekarang kerana mungkin kekusutan mereka atau tidaknya mereka tahu tentang wujudnya tasawuf dan tarekat sufiyah.

Inilah novel yang memahami sebenar-benarnya roh dan sifat "tasawuf" Islam dan bukan teks berjela-jela intelektual dan keras kenyataan fiqh, tauhid dan falsafah tetapi tidak mengenal "tubuh", "baju" dan "roh" Islam tu. Novel ini, dengan garapan Anas, benar-benar memahami setiap "petanda", "jiwa" dan "aksi" yang menyebabkan insan itu Islam atau tidak. Ada sesuatu yang "besar" dan rahsia, dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang sudah menyentuh dan membaca novel ini, lebih-lebih lagi kepada mereka yang "mencari jalan ke Allah" akan dapat sama merasakan kemanisan teks Anas. Mereka tahu, ini sebuah novel sufi yang sebenar-benarnya sufi. Dan ianya hidup dengan nur yang dihadam teliti.

Saya tidak pernah merasa "sebak dan tenteram sekali gus" apabila membaca sebuah novel. Watak protagonisnya jelas menyentuh, termasuk watak-watak yang mengelilingi Muhammad Akhir, dalam kelemahan manusiawinya mereka (termasuk narator novel ini). Mereka semua mencari. Kami (pembaca) juga mencari. Alhamdulillah, saya menjumpai sedikit "titis air"nya dalam novel ini, yang setentunya membuka jalan yang lebih luas untuk menemui lautan Allah yang tiada sempadan untuk menemui kebenaran-Nya. Ianya, bolehlah bermula dengan novel ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati Anas K. Hadimaja untuk novel ini.

Saya sudah menjumpai novel Islam Melayu saya, walaupun tidak sempurna, setakat ini.
 
sumber sini


Jika berminat untuk memiliki Novel terapi HATI ini, Sila Hubungi En. Awis Al Qarni: 017 2266 614. Stok Terhad. Insya Allah

Jadual Jun 2011

SEMINAR TERAPI HATI (On line Dgn Allah & Offline Dgn Iblis) Rahsia Reformat Diri & Hidup Anda - Langkah PERTAMA & Paling UTAMA untuk Mengubah Diri & Hidup kita adalah dengan Menghargai, Menyayangi & MENGENALI DIRI kita. Berminat Sila SMS Nama, NoTel, No IC serta LOKASI ke
013-256 6266/ 013-317 5666/ 013 262 7111 / 013 262 7222.
Jadual Terkini:
KL atau Selangor 11/6/2011 / Ipoh 18/6/2011/ JB 25/6/2011

Erti bahagia.....

MANUSIA ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai dan sejahtera. Sebahagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. Mereka menyangka bahawa pada harta yang melimpah itu terdapat kebahagiaan. Ada yang mengejar kebahagiaan pada takhta, pada kekuasaan. Beragam cara dia lakukan untuk merebut kekuasaan. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesihatan. Orang miskin pula menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan. Bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Masakan melihat seorang hartawan dengan kereta mewah yang bersusun di hadapan rumahnya kita sudah boleh mengatakan dia bahagia.

Menurut Imam al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil mencapai 'ma'rifatullah', telah mengenal Allah SWT. Selanjutnya, Imam al-Ghazali menyatakan: "Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu bila kita rasakan nikmat, kesenangan dan kelazatannya merasa itu ialah menurut perasaan masing-masing. Maka kelazatan (mata) ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain dan tubuh manusia.
 
 

AKIBAT MARAH

Marah menutup ruang berfikir
Marah menjauhkan ketenangan
Marah membuahkan penyesalan
Marah menghadirkan kebencian dan ketakutan
Marah tabiat si pendek akal

Marah menutup kebaikan
Marah mendatangkan penyakit
Marah menutup pintu rezeki
Marah menghilangkan penghormatan
Marah menjauhkan sahabat dan saudara mara

Marah mengundang syaitan
Marah menjemput kehinaan
Marah melupakan kebaikan
Marah menutup kebenaran
Marah menyekat keadilan

Marah menyebabkan kerosakan
Marah punca kemusnahan
Marah menghilangkan kejernihan
Marah menjauhkan kasih sayang
Marah memendekkan usia
 
 

Monday, June 6, 2011

Jadual terkini

SEMINAR TERAPI HATI (On line Dgn Allah & Offline Dgn Iblis) Rahsia Reformat Diri & Hidup Anda - Langkah PERTAMA & Paling UTAMA untuk Mengubah Diri & Hidup kita adalah dengan Menghargai, Menyayangi & MENGENALI DIRI kita. Berminat Sila SMS Nama, NoTel, No IC serta LOKASI ke 013-256 6266/ 013-317 5666/ 013 262 7111 / 013 262 7222.
KL 11/6/2011

JAUHI SYIRIK!!!

Dari `Abdullah bin Huzn r.a berkata ia : Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, maka beliau bersabda : “Wahai manusia, takutlah kamu kepada syirik ini. Sesungguhnya dia lebih tersembunyi dari jalannya semut”, lalu berkata kepada beliau: “Bagaimana kami akan menjauhinya sementara dia lebih halus dari jalannya semut ya Rasulullah!”, beliau bersabda : “Kalian ucapkanlah! Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung dengan Engkau dari mempersekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami minta ampun kepada Engkau bagi apa apa yang kami tidak mengetahuinya”.


Umatku ini adalah umat yang disayangi Allah.....

“Umatku ini adalah umat yang disayangi Allah, sepatutnya ia tidak ditimpa azab pada hari Kiamat, tetapi di dunia lagi mereka ditimpakan dengan empat perkara : Berlaku fitnah-fitnah yang banyak, gempa-gempa bumi, kematian/pembunuhan berlaku di mana-mana dan bala-bala daripada Allah SWT.” (Hadis riwayat Sa’id al-Khudri)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...