Tuesday, October 18, 2011

Benar! Inilah syirik!!! -2

Contoh Kata2 'Nasihat' Ibu Bapa Yg Syirik & Mengajar Anak2 Syirik Tanpa Di Sedari :"Belajar Rajin2 Nak..SPM tu Lah Penentu Masa Depan...Kita. Kalau Tak De Kelulusan Kamu Nak kerja Apa..Nak Makan Apa?". Adakah Spm, Kerja Itu Yg Menjamin & Memberi Rezeki Pd Manusia? Sedangkan Kata Allah :" Bukan Kamu Yg Cari Rezeki, Tapi AKU Yg Maha Memberi Rezeki Pada Setiap Makhluk KU". Ke Camner?


Benar! Ini lah syirik!!!

Salah Satu Contoh Ayat Syirik Yg 'Common' & Bnyk Kita Dengar Di Akhir Zaman Ini? : "Kita Sebenar Nya Boleh Kaya, Hebat & Luar Biasa. Saya Sangat Berbangga Dengan Apa Yg Telah Saya Capai & Miliki Selama Ini Atas Kebijaksanaan, Kepandaian, Titik Peluh Saya, Hasil Usaha, Kerajinan & Hebat Nya Sistem Perancangan Saya.".



Sunday, October 16, 2011

syirik!!!

"Setiap Apa Sahaja Yang Kamu Sama Kan, Ganti Kan, Letak Kan , Anggap Kan, Megah Kan, Besar Kan, Agung Kan, Sekutu Kan Walau Pun Besar Zarah Dalam Rasa Kamu, Niat Kamu, Perasaan Kamu, Semangat Kamu, Cinta Kamu, Kesukaan Kamu Sepertimana Kamu Sama Rasa Ia Bagi Perletakan Allah Di Dalam HATI & Diri Kamu, Maka Itu Lah Syirik! ".


Friday, October 14, 2011

Terapi bagi HATI?

SELFTECH : Ialah teknologi membina 'DIRI' yang berkaitan tentang dorongan ke arah membina kehidupan sempurna yang memperolehi pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan, kasihsayang dan perlindungan dari yang MAHA PENCIPTA kita.... Adakah anda bersedia dan komited untuk memulakan "perjalanan" ini?

Seorang tokoh pernah berkata, "Kalau tak tau arah dituju, anda mungkin akan tersesat ?"

Sekiranya habis kayu-kayan di buat pensil dan kering air laut di buat dakwat....Persoalannya apakah anda sudah menemui apa yang anda cari selama ini? Apakah yang anda idam-idamkan pada saat ini? Adakah anda ingin menikmati hidup ini tetapi kesuntukan masa, kesempitan wang atau keadaan kesihatan tidak mengizinkan? Hati tidak tenang dan tidak bahagia?

Bersyukurlah kerana anda tidak keseorangan. Walau apa pun status atau kedudukan anda sekarang, kami menyediakan satu pilihan sebagai penyelesaian kepada segala persoalan hidup anda bagi membantu anda mencapai segala impian bagi mengubah hidup anda...Faktor usia bukanlah penghalang untuk memulakan "perjalanan menuju kejayaan". Syaratnya, anda mahu memulakannya! - YG. PALING DI KHUATIRI DALAM HIDUP SESEORANG BUKANLAH "TIDAK TAHU",TETAPI "TIDAK MAHU" ?

***BUKANKAH JIKA "TAK TUAH TAK RAJA, TAK REZEKI TAK KAYA, TAK SISIK TAK ALIM, TAK AKUAN NABI TAK SYURGA! TAK KENAL DIRI, TAK KENAL NABI, TAK KENAL ALLAH, TAK IMAN, TAK ISLAM, TAK SELAMAT DARI DUNIA KE AKHIRAT!" - AWALUDDIN MAKRIFATULLAH, SEAWAL AGAMA MENGENAL ALLAH?

Dirikan syariat tanda hormat, ikuti tarekat menyempurnakan ibadat, pelajari hakikat kukuhkan ahdiat, yakinkan makrifat terlepas laknat!

Kenalkan aku akan diriku? Apakah sempurna sudah kenalku akan nabiku Muhammad S.A.W.? Kenalkah aku akan tuhan ku? Siapa dan apakah Tuhan itu? Berbezakah antara Tuhan dengan Allah?...Carilah ilmu mengenal...agar mendapat "Benar"....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...