Saturday, December 26, 2009

PERSIAPKAN DIRI MENGHADAPI 10 MUHARRAM 1431(27 DECEMBER 2009)

Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 Perkara Sunat di lakukan pada hari Asura (10 Muharram /27 December 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
    Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
    Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
    Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
    Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
    Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
    Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak.
    Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
      Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
      Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
      Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
      Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
      Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, December 21, 2009

4 Qul

Al-Ikhlass

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

An-Nass

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
"Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Al-Falaq

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Al-Kaafiruun

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
[2]
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Sunday, December 20, 2009

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail. ... See More

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

selftechgroup.lovingcaringsharing.

Friday, December 11, 2009

Program reformat diri seterusnya.....

Reformat Diri dan; Hidup Anda 1 (Pengenalan Asas) Total Life Solution

Nilai Pakej : RM699
Harga Pengenalan : RM250 (Termasuk Makan Tengahari)
Tarikh : 19 Disember 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
Tempat Kosong : 150 orang (TERHAD kepada pendaftar terawal)

Jadual Masa

8.30pagi Pendaftaran
9.00pagi Bengkel bermula
1.00ptg Rehat, makan & solat
2.30ptg Bengkel bersambung
5.30ptg Bengkel tamat

UNTUK TEMPAHAN, sila:
SMS Nama Anda, Nombor Telefon dan IC ke:
010 2611299 & 010 2611229 (Pn. Linda)
017-2266614 (En. Awis)
Anda akan dihubungi untuk cara-cara pembayaran dan pengesahan tempat duduk.

Thursday, December 10, 2009

Mutiara Hikmah

Firman Allah Ta'ala:

" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).

Wednesday, December 9, 2009

loving. caring. sharing

“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)

Tuesday, December 8, 2009

Di balik cermin mimpi - M.nasir

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Wednesday, November 25, 2009

Reformat diri & hidup anda

Reformat Diri dan Hidup Anda 1 (Pengenalan Asas) Total Life Solution

Nilai Pakej       :   RM699
Harga Pengenalan    :   RM316 (Termasuk Makan Tengahari)
Tarikh               :   5 Disember 2009
Hari                   :   Sabtu
Tempat              :   Kuliyyah of Architecture & Environment Design UIAM, Gombak
Tempat Kosong :   150 orang (TERHAD kepada pendaftar terawal)

Jadual             Masa

8.30pagi            Pendaftaran
9.00pagi            Bengkel bermula
1.00ptg            Rehat, makan & solat
2.30ptg            Bengkel bersambung
5.30ptg            Bengkel tamat

UNTUK TEMPAHAN, sila:
SMS Nama Anda, Nombor Telefon dan IC ke:
010-2611241 / 016-2732424 (Pn. Linda)
017-2266614 (En. Awis)
Anda akan dihubungi untuk cara-cara pembayaran dan pengesahan tempat duduk.
“Bagaimana Untuk Menikmati Kehidupan Yang Maksima Dengan Menjana Kesihatan, Kekayaan & Kebahagiaan Yang Berkat Bersama-sama..”
Teknik Mengenali & Reformat Diri dan Hidup Anda Untuk Menikmati Hidup Yang Berkat, Bahagia, Tenang Dan Sukses. “ Untuk Peningkatan Diri Adalah Dengan Berani Berubah, Untuk Mendapat Yang Terbaik Dalam Hidup Mesti Betul Betul Tahu Untuk Apa dan Bagaimana Untuk Berubah...” – TRA.
Setiap orang inginkan segala yang terbaik di dalam hidup dan kehidupan mereka, namun sangat sedikit orang yang memahami & mengenali  ‘DIRI’ mereka yang menjadi ASAS & KUNCI kepada SEGALA2nya di dalam hidup & kehidupan manusia itu sendiri.
Majoriti manusia melalui proses percubaan mengubah hidup yang tidak mereka fahami dan tidak pasti kerana tidak mempunyai ilmu, namun paling ramai yang tertipu kerana tahap keinginan mahu mengubah kehidupan yang terlalu meruap-ruap sehingga menjadi mangsa dan menjadi korban kepada mereka yang sebenarnya yang juga tidak pasti, sekadar mencuba dan mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan daripada kelemahan anda sehingga anda juga tidak pasti samada adakah ianya berbaloi atau sekadar cuma sesuatu yang sebenarnya hanya suatu pembaziran atau sekadar proses ulangan “melanggar dinding” dalam hidup Anda?
Adakah perlu anda membayar dan berbelanja sebegitu banyak untuk mengubah hidup anda, sedangkan sekiranya anda memahami rahsia & tekniknya ianya hanya semudah ABC? Berapa banyakkah yang anda sanggup berbelanja  atau bayar untuk mengubah hidup ANDA dengan MAKSIMA?
Kerana itu di dalam Program ini anda akan dibongkar dan di dedahkan dengan teknik asas & Utama  mengenal diri yang paling penting dan terbukti berkesan yang mesti anda ketahui sebagai rujukan dan pilihan kepada tindakan untuk mengubah diri dan hidup anda…ADAKAH ANDA BERSEDIA DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGUBAH DIRI DAN HIDUP ANDA?
SEMUA TERLETAK DI TANGAN ANDA....

MODUL PROGRAM:

1.      Mengenali diri anda.(ASAS)
Memahami Kitaran & ANDA.
Mengenali RAHSIA DIRI anda
RAHSIA paling penting yg anda miliki tapi tidak fahami & kuasai.
UNSUR diri & ANDA.

2.      Memahami Diri & KEHIDUPAN ANDA.
Bagaimana mengenal watak & diri?
Mengenali potensi & Kecenderungan.
Watak VS Keserasian VS Kesesuaian.

3.      Mengubah & Reformat DIRI anda.
Memahami Teknik & Proses Utama REFORMAT DIRI &  Hidup Anda.
Faktor utama untuk berjaya dalam hidup : RAHSIA MSP dan ASK
Penetapan Niat & Teknik Yang tepat & Betul.
Rahsia Nombor Telefon & Pengaruh nya pada diri & Hidup anda.
Penetapan Niat & Teknik Yang tepat, Betul & Berkesan.

4.      Tips Bonus.
KITARAN ERA & ANDA.
Jenis Bisnes & Anda.
Peluang & "STOQ".
Q&A.


Klik sini untuk map..

Monday, November 23, 2009

Sultan Alauddin belajar tasawuf


Cerpen menarik ini dipetik dari salah satu buku Faisal Tehrani yang berjudul…
Nama Beta Sultan Alauddin.
·       Abang seguru nya adalah Sunan Kali Jogo & Syeikh Sutabris.
·       Waktu itu madrasah di Pulau Upih Melaka memang tersohor dalam menawarkan pengajian tasawuf.
·       Maksud yang tersurat dan tersirat dalam kisah ini sangat bermakna dan harus kita contohi.
SULTAN ALAUDDIN BELAJAR TASAWUF
LELAKI tua yang merawat dan mengajarkan Raja Hussainn bersilat itu hanya memesan supaya baginda Raja Hussien mencari seorang guru al-Quran bernama Nuh Ha Mim.
           “Dia ada di Melaka. Sekali pandang seperti orang aco. Tetapi dia orang alim. Tak kurang ilmunya daripada Kadhi Yusuf, guru baginda sultan. Sampaikan salam ayahanda kepadanya.”
           Raja Hussain merenung wajah lelaki tua. “Siapakah yang menyampaikan salam?” Raja Hussain menggunakan kesempatan ini untuk mengetahui nama lelaki tua.
           “Sampaikan salam. Katakan Khidir yang menyampaikan salam. Dia akan menerima anakanda menjadi muridnya.”
            Nuh Ha Mim, guru agama berbangsa Cina menetap di Hujung Medini. Sekarang ini di Melaka pekan ini dinamakan Ujong Tanah. Tidak jelas bagaimana tuk guru Nuh Ha Mim ini boleh datang dari negeri China dan menginap di Melaka.  Apa yang jelas, tuk guru itu tidak datang bersama rombongan Hang Li Poh.
             Menurut orang setempat tuk guru tersebut berhijrah dari China bersama anak perempuannya setelah dakwahnya di ganggu pemerintah dan penjahat.  Nuh Ha Mim telah berhijrah ke Maguindanao dan mengislamkan ramai masyarakat disana. Sekarang ini Maguindanao adalah wilayah di dalam Negara  Filipina. Ketika itu Kerajaan Islam Maguindanao belum ada lagi. Tuk guru tersebut juga banyak mengislamkan orang di Manila. Memang waktu itu Kesultanan Islam Manila belum kukuh bertapak. Tetapi ramai juga yang berjaya diislamkan oleh Nuh Ha Mim.  Kemudiannya nanti kerajaan Islam di Manila ini jatuh ke tangan penjajah Sepanyol dalam tahun 1571 dan ramai penduduk Manila murtad menjadi penganut kristian.
             Setelah beberapa lama di Sulu, Nuh Ha Mim berpindah ke Pulo Upih. Sekarang ini Pulo Upih ialah Pulau Upih di perairan negeri Melaka yang kurang di pedulikan orang. Waktu itu madrasah di Pulo Upih memang tersohor dalam menawarkan pengajian tasawuf. Nuh Ha Mim menjadi salah seorang guru di sana. Antara muridnya termasuklah Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris. Apabila muridnya makin ramai, Nuh Ha Mim berpindah ke tanah besar iaitu di Hujung Medini dan membuka pengajian  di rumahnya.
              “Wah hebat sekali tuk guru ini. Berasal dari China? Umar tak tau pun ada bangsa Cina yang boleh menjadi seorang ulama Islam yang besar tuk? “ Umar merasa keanehan.
             “Tak ada anehnya Umar. Di negeri China memang ramai bangsa Cina beragama Islam. Islam bukan milik orang Melayu sahaja.”
              Jesteru memang molek benarlah Raja Hussain berguru dengan Nuh Ha Mim. Memandangkan seorang sultan yang hebat perlu berguru dengan seorang alim yang besar.
              Pada mulanya memang sedikit sukar Raja Hussain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda memang benar-benar berniat dan mahu belajar tasawuf. Berulang alik Raja Hussain ke Hujung Medini. Berulang kali Raja Hussain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda tidak mahu menjawat takhta menjadi sultan Melaka. Baginda tahu ada orang alim yang memang gemar bergaul dengan pembesar-pembesar dan keturunan raja-raja.
              “Tak hendak kita menjadi sultan. Apatah lagi kekanda Raja Ahmad lebih layak menjadi pemerintah mengikut turutan. Tidak ada sebab tuk guru mahu menolak kita dari menjadi murid. Dinding emas perak lidah kita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita. Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosak berlubang nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultan tidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerja yang sebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tuk guru.”
               Abu Bakar mengesat air mata.
              “Eh-eh kenapa Abu Bakar menangis?”
Datuk memberi perhatian.
       “Terharu saya mendenggarkan kata-kata Raja Husain itu tuk. Mana nak cari pemimpin yang berfikir sehebat itu tuk?”
         Datuk tersenyum, memahami bahawa kisah-kisah yang diceritakannya kepada kami tidak sia-sia sahaja.
        Tuk Guru Nuh Ha Mim masih belum mahu menerima dengan mudah Raja Husain menjadi muridnya. Tuk guru meletakkan syarat pula.
        “Datangkan kepada kita 7 jenis benda yang bukan berharga sangat, ia bermula ejanya dengan huruf sin.”
         Berpeluh Raja Husain, “Tuk guru berilah kita petanda satu demi satu agar dapat dipuaskan hati seorang guru.”
        “Benda pertama bermula ejanya dari huruf sin itu duduknya di bawah punggung kita.”
          Bergegaslah Raja Husain ke pasar Melaka mendapatkan safra untuk Nuh Ha Mim.
          “Inilah kain alas, duduknya di bawah punggung tuk guru. Bukanlah ia benda berharga jika begitu .”
             “Datangkan kita sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.”
               Penuh teka-teki. Tetapi Raja Husain remaja yang pintar. Fikirannya berjalan kerana banyak menelaah kitab. Bukan seperti kekandanya Raja Ahmad yang sepanjang siang berhibur dengan irama-irama, tari-menari dan tepuk tampar daripada dayang-dayang. Bergegaslah Raja Husain ke hutan di sekitar Paya Rumput, mencari pohon yang dipuncakkan atau pada dahannya tersangkut sarang lebah yang sudah ditinggalkan.
         “Inilah sambang. Sarang lebah sudah kosong tiada berisi kerana ditinggalkan penghuninya. Memang ia tiada kekayaan lagi kerana madunya suda habis dipungut orang. Tiada lah ia punya erti apa-apa lagi.”
         Nuh Ha Mim tersenyum, masih menduga lagi, “Benda ketiga bermula ejanya dari huru sin itu hanyalah mengisi air mengalir dari hujung jari kita, tidak punya erti apa-apa lagi.”
           Raja Husain berlari pulang ke istana, masuk ke dapur dan tukang masak kerana raja muda menggelidah dapur mencari sangku.
         “Inilah tuk guru, sangku bekas basuh tangan, menadah air dari jari jemari tuk guru  yang selesai menjamah hidangan.”
         “Benda seterusnya ialah tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku ia di pasar melaka.” Nuh Ha Mim terus menguji kesabaran bakal anak muridnya.
         Tanpa berlengah Raja Hussain berlarian ke Pasar Melaka dan kembali semula mempersembahkan, “Inilah kita bawakan sekepeng. Tak cukup ia menjadi satu, tak laku ia untuk digunakan membeli apa-apa barangan pun di pasar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun.”
         “Masih belum sempurna permintaan kita. Ayuh carikan segera sesuatu yang tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad, jika ada berertilah sedikit kepalanya.”
          Di situlah Raja Hussain tergendala. Lama juga baginda berfikir apakah sesuatu yang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad. Barang tersebut harus bermula dengan huruf sin. Pening kepala juga Raja Hussain memikirkannya. Hakikat bahawa benda tersebut melibatkan Raja Ahmad menyebabkan Raja Hussain bertambah gusar. Hampir-hampir Raja Hussain putus asa.
          Raja Hussain pun bertandang ke rumah Nuh Ha Mim merayu supaya di beri petunjuk yang lain.
         Nuh Ha Mim senyum sahaja. “Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad?”
         Dengan petanda yang kecil itulah Raja Hussain kembali ke istana dan bertanyakan inang yang menjaga Raja Ahmad. Setelah mendapat jawapan, bersorak gembira Raja Hussain dan diucap-ucapkan Alhamdulillah tidak putus-putus. Raja Hussain berlari ke hujung Medini mempersembahkan selisik.
         “Inilah ia, penuh kutu di kepala Raja Ahmad, jika tiada selisik maka rosaklah kepala baginda raja mahkota.”
         Nuh Ha Mim tersenyum, masih ada dugaan yang belum dipenuhi lagi. “Dapatkan kita benda yang ada lok pun tidak berguna.”
         Raja Hussain yang bijaksana segera mendapatkan sepukal. Dimintanya dari seorang hulubalang tua.
         “Tuk guru inilah sepukal, keris yang sudah haus matanya, lurus keloknya dan tumpul pula.”
         “Baiklah, inilah yang terakhir. Dapatkan benda yang tiada harga pada Sultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika tak dapat melepasinya.”
         Sekali lagi Raja Hussain terperangkap di situ. Lama Baginda menilik memerhatikan baginda sultan hingga Sultan Mansur Syah yang sedang bersemayam pun naik kehairanan.
          “Apa gerangan anakanda berkelakuan aneh sebegini?”
          “Tidak ada apa-apa. Cuma anakanda memikirkan apakah yang ada pada ayahanda akan terbelah tujuh di akhirat nanti.”
          Sultan Mansur Syah tersenyum. “Pada hemat ayahanda seperti yang ayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amal yang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi.”
          Mata Raja Hussain bercahaya.
          “Ampun tuanku ayahanda, jika tiada keberatan, anakanda mengharapkan sehelai rambut tuanku yang telah beruban putih kelabu.”
          “Untuk apa?”
           “Dibuat kenang-kenangan.”
            Sulatan Mansur Syah ketawa. “Aneh sungguh raja serigala. Baiklah apa salahnya.”
Baginda Sultan Mansur menanggalkan destarnya. “Mari, cabutlah uban ayahanda seberapa banyak pun yang anakanda mahu.”
             Waktu kedua beranak tersebut ketawa beranak pinak, Raja Ahmad lalu di hadapan kamar beradu sultan. Sakit benar hatinya melihat Raja Hussain dengan penuh manja mesra mencabut uban di kepala ayahandanya.
              Raja Hussain keriangan, tanpa berlengah lagi dimasukkan helai rambut ke dalam botol kecil dan dibawa pantas ke Hujung Medini.
              “Tuan guru, inilah surai baginda ayahanda Sultan Mansur Syah. Surainya putih beruban dan di akhirat kelak jika berbuat amalan baik walau di belah tujuh sehalusnya pun akan dapat diseberangi titian sirat.”
              Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuk-nepuk bahu Raja Hussain. “Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaan nya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja. Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Jangan lah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yang kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal sedarlah kita yang akehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberanga titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hari ini.
             Raja Hussain menitiskan air mata.
             “Guru kita berkirim salam. Namanya Khidir.”
            Nuh Ha Mim bangun, mencium dahi Raja Hussain.
             “Masya-Allah anakanda Hussain, Masya-Allah. Kamu akan jadi orang besar demi Islam kelak. Berjaga-jagalah, seperti Saiyidina Hussain, kelak kamu akan di ancam maut sentiasa.”
             Raja Hussain angguk, separuh mengerti, separuh memahami. Bermulalah pelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan.


Sunday, November 22, 2009

Hussein

HUSEIN

Setiap di dunia
kecil menjadi besar
kemudian kecil lagi
hatta kesedihan oleh kehilangan
kekasih sendiri,
duka kehilangan itu pernah besar
namun susut menjadi lupus.

Kecuali,
musibah Husein
ia duka besar, kekal ia besar
malah makin ia membesar
sehingga hari kebangkitan
kekasih, duka kembang menjadi ratapan.

Ingatilah duka ini,
biar ia terus membesar
kerana al Quran mengajar kita
mengenang duka ribuan Ashabul Ukhdud
sambil menistai kejahatan musuhnya.


Malu apa kita meratapi musibah Husein
Kekasih Allah, Muhammad merintihi tengkukmu Husein
Fatimah az Zahra, kekasih Muhammad menangisi dadamu Husein
di masyhar, tatkala Husein bangkit berlumuran darah
seisi umat manusia menangisi, memukul dada menjeritkan Husein.

Setiap di dunia
kecil menjadi besar
kemudian mengecil kembali
kecuali musibah Husein
ia asal besar, semakin besar
dan terus dibesar.

Jangan malu berduka,
berteriak dan meratap
agama tegak dengan tangisan
Musa harus dihanyutkan
setelah kelahiran,
kerana duka ibunya nanti
menghidupkan agama.

Agama tegak dengan tangisan
bertahun Yaakub menangis terpisah dari Yusuf
tidak pun dilarangi Ilahi
duka Yaakub sebelas anak punya, satu diambil
masih menangis, sedang Yaakub tahu Yusuf masih ada
mengapa kalian melarangi aku
menangisi musibah Husein
justeru seisi keluarga Nabi dilumati.

Agama tegak dengan tangisan
lagi Isa dalam pangkuan Maryam
digunjing orang ibunya perempuan noda
sehingga air mata Maryam
mendorong pembelaan Ruhullah.

Agama tegak dengan tangisan
duka Hajar berlarian
kerana Ismail menangis
agama kami dapat tegak
malah dikenang menjadi saei.

Agama tegak dengan tangisan
dalam redha Ibrahim, ia menyembelih Ismail
tetapi baginda diselamatkan
dan itu masih kita meraikan,
menjadi hari raya.

Jangan jadi bani Umaiyah
melarangi orang menangisi musibah Husein
kerana mereka tidak ingin,
agama kita tegak.


Agama tegak dengan tangisan
bercerailah kepala Husein
dari jasad mulianya,
kenapa tidak kita bertangisan dan
mengenanginya, di hari asyura
supaya kita tidak malu menagih syafaat
Rasulullah di hari kebangkitan
kerana seburuk mana laku kita
paling tidak nabi tahu kita pernah
menangisi musibah Husein.

Menangislah demi Husein
dengan tangisan itu nanti menjadi saksimu
di hadapan nabi, kerana duka besar ini
menegakkan agama Tuhan.


Ini saja bekal kita untuk nabi
tak banyak jasa kita untuk agamanya
menangislah syiah atau sunni
ini bekal kita untuk nabi
demi menegak agama, ini bekal kita
tangisan dan air mata
duka menjadi besar.

Kerana tangisan ini janji
kepada Ilahi dan nabi
untuk melaksanakan
selawat terhadap Mustafa dan ahli famili
yang dilafaz dalam sembahyang kita.

Musibah Husein
besar dan masih besar
kekal kami kenangi
dengan tangisan.

Mengapa kalian melarangi kami menangis
kalau tidak kalian musuh Tuhan dan Nabi?


2 Januari 2009
Madinah Munawwarah.
Karya Faisal Tehrani.


dipetik dari sini.

untuk renungan sang hamba

Apa sebenarnya yang telah dilalui oleh Muhammmad dari kecil hingga dewasa? dalam buku ada yang kata macam tu ada yang kata macam ni. entah betul ke tidak?

Ramai sebenarnya yang bagi pandangan dan huraian ada beberapa jenis dan kategori:
1. sebab dia tau. 2. dia x tau tapi kenalah tunjuk dia tau 3.buat-buat tau 4. pakai akal hurai sendiri ikut logik 5. hurai dan tafsir guna nafsu 6.hurai pakai kehendak dan kepentingan diri sendiri. 7. ikut petunjuk Allah.(sentiasa meminta petunjuk Allah atas segala urusan). Jika nak faham dengan jelas, sila baca lampiran di bawah:

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Jasad lahir tumpuan manusia.
Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.

Hati kalau sudah bersih, firasat nya akan menembusi hijab.
Hati kalau terlalu bersih, firasat nya atas kehendak Allah.
Tapi HATI bila dikotori, pandangan nya bukan lagi KEBENARAN.

Jika kita teliti dan analisa satu persatu ayat diatas, suluh dengan mata hati.
cari yang tersirat dan tersurat. Maka nanti kita akan faham bahawa ianya adalah panduan dan kaedah untuk kita melayari hidup, agar memperolehi pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan, kasihsayang dan perlindungan Allah?

Bagaimana mencuci Hati? Mentadbir Hati? Mengurus HATI? Hati tu apa dan apa kegunaan nya? Jadi sekira nya nak dapat jawaban kenalah rujuk pada mereka yang benar-benar faham dan ikhlas. Jadi macam mana? Sapa nak tolong jawabkan........?



 

Saturday, November 21, 2009

human & life solution

DIKALA RESAH...CARILAH YANG MAHA PENGASIH...
DIKALA GELISAH...CARILAH YANG MAHA PENYAYANG...
DIKALA SEDIH...MENGADULAH PADA YANG MAHA MENGETAHUI...
DIKALA BERMASALAH...MENGADAPLAH YANG MAHA ESA....
DIKALA BUNTU...BERSERAHLAH KEPADA YANG MAHA BIJAKSANA...
DIKALA PENING...CARI LAH PENAWAR PADA YANG MAHA PENYEMBUH...

SENTIASA INGAT BAHAWA...

- TIDAK BERGERAK SESUATU ZARAH TANPA IZIN ALLAH?
- BAHAWA SETIAP YANG ALLAH JADIKAN ITU PASTI ADA HIKMAH?
- TIDAKLAH ALLAH JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA?
- SESUNGGUHNYA APABILA ALLAH MENGHENDAKI SESUATU ITU, IA PASTI BERLAKU?


Friday, November 20, 2009

Martabat 7 - Hakikat Ketuhanan

Salam Semua Hormati Ilmu(Salam Appreciate knowdleged)
Khazanah ini adalah catatan asal oleh Sh.Mohamad Nadzir As Saghir Walikutubkulubbulah Khatamam.Bagi laman web Beliau Yang mengentuh tentang ilmu bagi Hakikat mengenali diri iaitu Martabat 7.Moga di rahmati jua.

1.      Kerana telah cuba dilinkkan kepada web selftechgroup ini tapi gagal.
2.      Telah mohon izin dari Allah. Maka setelah mendapat restu darinya maka di zahirkan dalam keadaan sebegini untuk manfaat sekelian Umat Muhammad s.a.w.Insyallah.


                                   HAKIKAT
Oleh:Sh.Mohamad Nadzir As Saghir Walikutubkulubbulah Khatamam .



MARTABAT TUJUH
Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.W.t.atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas

QulhuwallahuAhad - Ahdah
Allahushomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahdiah
Walamyuladd - Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu - Alam Misal (Alam Bapa)
Kuffuan - Alam Ijsan
Ahad> - Alam Insan
Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran



[33] Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.

Surah Al-A'Rad Ayat:33
********************************@@@@***************************************




NUR, MATA HATI DAN HATI
--------------------------------------------------------------------------------
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.
---------------------------------------------------------------------------
Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.
Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku-buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang kerana ada kenyataan Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari menyinarkan sinarnya, kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni bukit itu. Kewujudan di atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya menzahirkan kewujudan dan gelap pula membungkusnya. Jika kegelapan hanya sedikit maka kewujudan kelihatan samar. Sekiranya kegelapan itu tebal maka kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya yang dapat menzahirkan kewujudan, kerana cahaya dapat menghalau kegelapan. Jika cahaya matahari dapat menghalau kegelapan yang menutupi benda-benda alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula dapat menghalau kegelapan yang menutup hakikat-hakikat yang ghaib. Mata di kepala melihat benda-benda alam dan mata hati melihat kepada hakikat-hakikat. Banyaknya benda alam yang dilihat oleh mata kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari, sedangkan cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya dari matahari yang satu jua. Begitu juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi datangnya dari nur yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.
Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi adalah untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang bagi melihat kebenaran yang sememangnya tersedia ada, bukan mencari kebenaran baharu. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati. Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila Nur Ilahi sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata. Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya Nur.
Ilahi.
Murid yang masih pada peringkat permulaan hatinya belum cukup bersih, maka cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus-halus. Pada tahap ini hati boleh mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati menghadap kepada yang kurang benar dengan membelakangkan yang lebih benar. Orang yang pada peringkat ini perlu mendapatkan penjelasan daripada ahli makrifat yang lebih arif. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Nur Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran hakiki.


TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.
Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.

Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat Mukmin ialah:
1: Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.
2: Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.
3: Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.
4: Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
5: Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.

Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya.
Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan. Dalam berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.
Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.. Beginilah hukum makrifat yang berlaku.

Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh iaitu hakikat kepada hakikat-hakikat. Tetapi, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat kerana penyaksian itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yang gigih disertai dengan upaya hati dan pengalaman. Penyaksian(shahadul Haq) adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati atau penyaksian yang haq. Ia merupakan keyakinan yang paling tinggi dan dinamakan haqqul yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup antara kita dengan-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dengan Dia.
Dia berfirman:
"Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada."
( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)

Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan.
Orang yang memperolehi haqqul yaqin berada dalam suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang dan setiap keadaan. Dia kembali kepada kehidupan seperti manusia biasa dengan suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang. Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan orang yang kena bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yang menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan menjatuhkan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dengan kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi segala sesuatu.
----------------------------------------------------------------------------
TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT
-------------------------------------------------------------------------------

JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA.
---------------------------------------------------------------------------
Manusia digesa supaya menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya apabila mencuba menyingkap Rahsia-rahsia ketuhanan. Bila mengakui akan kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.
Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum menafikannya.
Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya sendiri.
Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapatdilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur!
Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami perkara yang telah dialaminya itu.
Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka memahaminya mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai. Oleh sebab ilmu ini tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku.
1.Pertama, lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayal.
2.Kedua, kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang membeberkannya dengan mudah disebut orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya.

---------------------------------------------------------------------------

Nur Sifat Allah s.w.t Menerangi Rahsia hati
DITERANGI-NYA YANG ZAHIR DENGAN CAHAYA ATHAR DAN DITERANGI-NYA RAHSIA HATI DENGAN NUR SIFAT-NYA. OLEH SEBAB ITU TERBENAM CAHAYA TERANG YANG ZAHIR TETAPI TIDAK TERBENAM CAHAYA KALBU DAN SIR (HATI DAN RAHSIA HATI). BERKATA ORANG BIJAK PANDAI : “ MATAHARI SIANG TERBENAM PADA WAKTU MALAM TETAPI MATAHARI HATI TIDAK TERBENAM.”

----------------------------------------------------------------
Makhluk ini asalnya ‘adam (tidak ada). ‘Adam menerima kewujudan dari kesan perbuatan Allah s.w.t. Ada perbezaan antara perbuatan dengan kesan perbuatan. Misalnya, melukis adalah perbuatan dan lukisan adalah kesan perbuatan. Kesan kepada perbuatan adalah baharu sementara perbuatan pula menunjukkan sifat si pembuat. Perbuatan tidak berpisah daripada sifat dan sifat tidak berpisah daripada zat atau diri yang berkenaan. Kesan perbuatan tidak sedikit pun menyamai sifat yang asli. Kewujudan yang lahir dari kesan perbuatan Allah s.w.t tidak sedikit pun menyamai sifat Allah s.w.t. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t, termasuklah perbuatan-Nya adalah:
ertinya:
Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya.

Kewujudan baharu yang menjadi kesan kepada perbuatan Allah s.w.t dinamakan athar. Alam semesta adalah athar. Tidak ada dari kalangan athar yang boleh dijadikan gambaran, ibarat atau lukisan untuk menceritakan tentang Pencipta athar. Kewujudan athar hanya boleh dijadikan dalil untuk menunjukkan Wujud Maha Pencipta. Jika tidak ada tindakan dari Maha Pencipta tentu tidak ada kewujudan yang menjadi kesan dari tindakan tersebut.
Ahli ilmu merumuskan wujud alam menjadi bukti wujudnya Tuhan. Alam boleh menjadi bahan bukti kerana sifatnya yang boleh dilihat dan ada kenyataan mengenainya Ia menjadi nyata kerana ia diterangi oleh cahaya dan cahaya yang meneranginya adalah bahagian daripada athar juga. Matahari, bulan dan bintang adalah athar yang berkeupayaan memberikan cahaya. Sifat athar adalah berubah-ubah, tidak menetap. Cahaya yang keluar darinya juga berubah-ubah, dari terang kepada malap dan seterusnya terbenam. Allah s.w.t berfirman:
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yaqin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah ia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila ia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah ia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, ia berkata pula: “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyengutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). ( Ayat 75 – 79 : Surah al-An’aam )
Ibrahim a.s mencari Tuhan dengan matanya bersuluhkan cahaya-cahaya athar. Beliau a.s kecewa kerana semua cahaya itu tidak menetap dan tidak bertahan. Lalu beliau a.s meninggalkan cahaya athar dan menghadapkan hati serta Rahsia hatinya kepada Maha Pencipta. Baharulah beliau a.s mendapat keyakinan yang teguh kerana cahaya yang menerangi hati dan Rahsia hatinya tidak berubah, tidak pudar dan tidak terbenam. Beliau a.s melihat dengan jelas bahawa athar tetap athar, tidak ada satu pun yang boleh disekutukan atau disifatkan kepada Tuhan.
Kekeliruan tentang Tuhan terjadi kerana manusia melihat kesan perbuatan Tuhan sebagai perbuatan, kemudian meletakkan hukum bahawa perbuatan tidak berpisah daripada sifat dan sifat tidak berpisah daripada zat. Oleh sebab itu perbuatan juga zat. Jika zat menjadi Tuhan maka perbuatan juga Tuhan dan apa yang terbit dari perbuatan juga Tuhan. Begitulah kesesatan yang terjadi akibat percubaan melihat Tuhan dengan suluhan cahaya athar dan menggunakan hukum logik matematik.
Seseorang haruslah melihat kepada asalnya iaitu ‘adam (tidak wujud). ‘Adam adalah lawan bagi Wujud. Jika manusia berpaling kepada ‘adam maka dia akan terhijab dari Wujud Allah s.w.t. Pandangannya akan diliputi oleh athar yang juga datang dari ‘adam. Tidak mungkin manusia menemui jalan yang sebenar jika mereka melalui jalan yang berdasarkan asal kejadiannya iaitu ‘adam. Tuhan adalah Wujud, mustahil ‘adam. Wujud-Nya Esa, tidak berbilang sedangkan wujud athar yang dari ‘adam berbilang-bilang. ‘Adam tetap tidak ada walaupun banyak makhluk yang diciptakan daripadanya. Penciptaan yang demikian tidak menambahkan Wujud. Walau sebanyak mana pun makhluk yang diciptakan namun, Allah s.w.t tetap Esa. Usaha untuk menemui keesaan Wujud Allah s.w.t dengan menuruti jalan ‘adam adalah sia-sia. Kewujudan aspek kedua mestilah disingkap jika Allah s.w.t mahu ditemui. Kewujudan yang perlu disingkapkan itu adalah yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t, bukan yang datangnya dari ‘adam. Kewujudan yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t itu adalah rohani. Firman-Nya:
(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakankan manusia – Adam -dari tanah; Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 – 72 : Surah Saad )
Katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.” ( Ayat 85 : Surah al- Israa’ )
Roh adalah amr (urusan atau perintah) Allah s.w.t, tidak termasuk dalam golongan yang diperintah. Malaikat, jin dan lain-lain termasuk dalam golongan yang diperintah. Roh manusia adalah satu Rahsia Allah s.w.t. Ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t, bukan kepada ‘adam. Pada tahap amr (urusan) Tuhan ia dipanggil Sir (Rahsia Allah s.w.t), atau Rahsia hati. Pada tahap berkait dengan jasad ia dinamakan kalbu atau hati. Semua kualiti yang baik adalah berkait dengan toh dan semua kualiti yang jahat berkait dengan ‘adam. Jika alam maya diterangi oleh cahaya athar, hati dan rahsia hati yang dinisbahkan kepada roh urusan Tuhan, diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t. Kualiti hati dan rahsia hati adalah mengenal. Nur sifat Allah s.w.t itulah yang menerangi hati untuk menyaksikan kepada Tuhannya. Hati orang arifbillah yang diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t tidak lagi dikelirukan oleh cahaya athar dan benda-benda yang dipamerkan. Mata hati menyaksikan Rububiyah pada segala perkara. Zahirnya sibuk dengan makhluk, hatinya menyaksikan Rububiyah dan Sirnya (rahsia hati) tidak berpisah daripada Allah s.w.t walau sedetik pun.
Sir yang menerima sinaran Nur Sifatullah membawa sifat-sifat yang menceritakan tentang Sifat Allah s.w.t yang menyinarinya. Manusia pilihan yang diheret oleh Sir tersebut akan memakai sifat-sifat yang menceritakan hubungannya dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Habiballah; Nabi Isa a.s sebagai Roh Allah; Nabi Musa a.s sebagai Kalim Allah; Nabi Ibrahim a.s sebagai Khalil Allah. Manusia yang bukan nabi juga menerima pimpinan Sir yang menerima sinaran Nur Sifatullah dan dengan yang demikian mereka dikenali. Abu Bakar dikenali sebagai as-Siddik dan Hamzah sebagai Singa Allah. Manusia lain pula ada yang dikenali sebagai Abdul Malik, Abdul Wahab, Abdul Karim, Abdul Latif dan lain-lain. Hamba-hamba pilihan itu mendapat gelaran yang dihubungkan dengan Allah s.w.t kerana Sir mereka disinari oleh Nur Sifatullah, sebagai persediaan buat mereka menanggung amanah Allah s.w.t. Firman-N ya: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishaq serta Nabi Ya’aqub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya). Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya. Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Ismail dan Nabi Alyasa’, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya. ( Ayat 45 – 48 : Surah Saad ) Allah s.w.t mempersucikan hamba-hamba pilihan-Nya dengan menyinari Sir mereka dengan nur sifat-Nya dan dengan itu mereka menjadi sebaik-baik hamba yang menjalankan perintah Allah s.w.t.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...