By KNOWING OUR SELF & Remembering ALLAH Every Second Without Fail…OUR SELF & LIFE WILL BE GUIDED & MANAGED BY HIM TO ENJOY LIFE BY CREATING UNLIMITED BLESSED HEALTH, WEALTH & HAPPINESS TOGETHER... Lovingly.Caringly.Sharingly
Friday, January 28, 2011
Yakin dan kenal kah kita pada ALLAH??
Bila kita mula minat untuk mengenal ALLAH yg MAHA HEBAT, maka ALLAH akan memandu & menguruskan segala hidup kita dgn mengurnia kan nikmat hidup & ketenangan jiwa, kecemerlangan hidup yg sangat HEBAT ...hingga hidup kita menjadi sangat HEBAT kerana BERgantung semata2 kepada yg MAHA HEBAT, Allah akan ubah diri & hidup kita dgn keadaan yg sangat LUARBIASA...bukankah ALLAH yg telah menjadi kan kita & MAHA BERKUASA bagi tiap sesuatu? Persoalan nya, YAKIN KAH KITA & KENAL KAH KITA AKAN ALLAH?
Kenalilah dirimu
Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)”
Sunday, January 23, 2011
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah
Orang yang benar-benar MEYAKINI bahawa setiap apa yang terjadi padanya adalah aturan Allah dan pasti YANG TERBAIK buatnya harus merasakan SYUKUR..... Kerana setiap yang berlaku adalah rahmat daripada Allah. Dan kita juga tidak perlu mencari hikmah disebalik setiap kejadian apabila kita yakin bahawa Allah tahu apa yang ...terbaik buat kita. Hakikatnya kita ini hidup di dunia sentiasa mendambakan rahmat Allah. ALHAMDU LILLAH
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami sudah beriman.” sedang mereka tidak diuji?” Al-Ankabut :2
Allah itu Maha Penyayang... Maha Pengasih. Hanya Dia sahajalah yang tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita. Sedang diri kita sendiri tidak benar-benar kenal akan diri sendiri. Lupa ker bahwa pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan manusia..? Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi
Penghijab antara dirimu dengan ALLAH
Berkata Syeikh Ahmad bin 'Athaillah dalam Al Hikam " Tiada sesuatu yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau adalah persangkaanmu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada haqiqatnya tidak maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah kepada belas kasihan Allah untuk di adakan atau di tiadakan "
Firman Allah " Sesungguh dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal, ( iaitu ) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ): " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharahlah kami dari siksa neraka ". ( Ali Imran : ayat 190-191 )
Hidayah Allah
Orang-orang yang dikehendaki Allah swt untuk mendapatkan hidayah adalah mereka yang membuka hatinya kepada hidayah, yang membuka akalnya kepada kebenaran, yang mencari dan menerima manhaj Allah swt dengan ikhlas dan jujur, dan tunduk kepada agama-Nya dengan penuh ketaatan dan penyerahan. Mereka inilah yang akan ditolong oleh Allah swt untuk mendapatkan hidayah, didorong untuk melakukan ibadah dan ditambah keimanan dan petunjuk mereka di dalam kehidupan ini.
Firman Allah :Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). ( Surah Al-Qasas, ayat 56)
SESUNGGUHNYA RAHMAT KU MENGALAHKAN KEMURKAAN KU
Rasulullah saw bersabda: "Ketika Allah menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam kitabNya, Dia (Allah) menulis atas diriNya, lalu Dia swt meletakkan di sisi Nya pada Arasy: "SESUNGGUHNYA RAHMAT KU MENGALAHKAN KEMURKAAN KU". (Shahih Al Bukhari ).. Bersyukurlah kerna samudera pengampunan Ilahi tiada pernah tertutup.. pintu taubatNya sentiasa memanggil2 untuk mendengar kata-kata keinsafan..keampunan dan maaf. Maka siapakah yang lebih merugi dari yang menolak cinta Allah?! siapakah yang lebih sia-sia hidupnya kerna menolak untuk dicintai Allah?! Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi
Thursday, January 20, 2011
Rasa ALLAH dengan hati
Mengenal Allah itu tidak cukup sekadar tahu tentang Allah atau tahu tentang sifat-sifat Allah secara ilmunya, tetapi bagaimana merasakannya di hati. Hati mendapat rasa Allah ada dimana-mana, hati merasa Allah sentiasa melihat, hati merasa Allah itu Maha Mendengar, hati merasakan Allah itu berkuasa berbuat apa saja kepada hamba-Nya, hati merasakan Allah itu pengasih dan penyayang, yang sentiasa mencurahkan rezeki kepada hamba-Nya.
Setelah hati memiliki rasa bertuhan, secara automatik hati akan dipenuhi rasa kehambaan, yaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung mengharap kepada-Nya. Hati merasa takut dan cinta pada Allah sepertimana yang dirasakan oleh para Sahabat yang dididik oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu.
Dekati ALLAH
Allah berfirman dan Rasulullah bersabda :
Hamba-Ku takan dapat mendekat-Ku, bila hanya menunaikan kewajiban- kewajiban yang aku Fardhukan atasnya. Dan hamba-Ku akan kian dekat dengan- Ku bila mengerjakan amal-amal sunnah, hingga aku mencintainya.
Dan bila aku mencintainya, aku akan menjadi telinganya. Maka ia akan mendengar melalui-Ku, dan menjadi lidahnya, maka ia akan berkata melalui –Ku, dan menjadi tangannya, maka ia akan berbuat melalui-Ku. (Hadits Qudsi).
Kesempurnaan taqwa
Abu al Darda' r.a pernah berkata "Kesempurnaan taqwa itu adalah apabila seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekali pun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram". Kata-kata sahabat Rasulullah saw ini selaras dengan hadis Baginda saw yang bermaksud 'Tidak akan sampai seorang hamba kepada darjat orang yang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa kerana bimbang jatuh dalam perkara yang ditegah Allah'
Wednesday, January 19, 2011
Berzikir lah...
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata, “Tidak dimungkiri bahwa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati yang berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati yang berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan, apabila ia berzikir, hatinya akan bersih”.
TAWADHU' ??
Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah mendefinisikan tawadhu' dengan katanya: yaitu merendahkan diri terhadap kebenaran, tunduk kepadanya, dan menerimanya dari orang yang mengatakannya.Tunduk terhadap kebenaran adalah kemuliaan yang sebenarnya, karena ia adalah taat kepada Allah kembali kepada kebenaran, dan membiasakan diri... agar tidak terus-menerus di atas kebatilan. Kerana itulah Nabi bersabda, “Tidak ada seseorang yang merendahkan diri kerana Allah kecuali Allah meninggikan darjatnya.”
Siapakah Orang2 yang Tidak Beriman Dan muflis Di Mata Allah?
Siapakah Orang2 yang Tidak Beriman Dan muflis Di Mata Allah?
Al-Baqarah:016 Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
1. Tidak beriman Dengan Qadha Qadar Ketentuan Rezeki dari Allah.
2. Setiap Saat resah gelisah Hanya Memikirkan Urusan Dunia Hingga Sempit lah & MATI lah HATI nya pada Allah.
3. Cinta Dunia, Makhluk & Urusan Ketamakan dunia LEBIH dari CINTA nya pada ALLAH.
4. Mengharap & Bertuhan kan Makhluk & dunia sehingga sanggup melakukan apa saja demi nya kerana terlalu CINTA kan Makhluk & Dunia.
Al-Baqarah:016 Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
1. Tidak beriman Dengan Qadha Qadar Ketentuan Rezeki dari Allah.
2. Setiap Saat resah gelisah Hanya Memikirkan Urusan Dunia Hingga Sempit lah & MATI lah HATI nya pada Allah.
3. Cinta Dunia, Makhluk & Urusan Ketamakan dunia LEBIH dari CINTA nya pada ALLAH.
4. Mengharap & Bertuhan kan Makhluk & dunia sehingga sanggup melakukan apa saja demi nya kerana terlalu CINTA kan Makhluk & Dunia.
Orang beriman umpama bayi....
Hamba Allah yang benar2 beriman, bertaqwa & bergantung sepenuhnya pada Allah itu di ibarat kan bagai seorang bayi di dakapan IBU nya yang akan di suap apabila lapar, di dakap apabila resah, di peluk apabila menangis....Maka Beruntunglah dia dalam keselamatan, jagaan, kasih sayang, belaian, rinduan, ihsan, p erlindungan IBU nya? La Haw La Wa La Quw Wa Ta IL LA BILLAH.
Rabbani (Nostalgia Nadamurni) -Nun di sana
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Quran dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedar
Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatilah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Quran dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedar
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Penyanyi: Rabbani
Lagu: Nun Disana
Album: Nostalgia lagenda Nadamurni
Ikhlas itu adalah....
Ikhlas itu buah daripada taqwa.Ianya termasuk rahsiaNya, dicurahkan kepada mereka-mereka yang muflis. Muflis itu permulaan kepada mukhlis. Muflis bermakna tidak memiliki dan tiada berkehendak.Hanya hati yang kosong akan dapat dipenuhi oleh nur yang sejahtera, sebagaimana gelas terisi dengan air yang jernih.
Friday, January 14, 2011
Amal vs Ikhlas
Rasulullah S.A.W bersabda: Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjunginya sehingga sampai ke hadirat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku yang mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ini tidak ikhlas kepadaKu dalam amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya dalam Illiyin.
Thursday, January 13, 2011
Mengapa Membenci?
Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik orang yang bercinta ialah dia redha dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah, tiada seorang hamba mengetahui rahsia takdir Allah.
Wednesday, January 12, 2011
Buat amalan yg benar
Nabi s.a.w bersabda "Barangsiapa orang berbuat suatu amalan yang tidak ada perintah dari kami, maka perbuatannya itu ditolak" - Hadis Riwayat Muslim
Tuesday, January 11, 2011
S.A.B.A.R
Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan.
Monday, January 10, 2011
BERSYUKURLAH !!
Apabila Allah swt membukakan bagimu jalan untuk makrifat, maka jangan hiraukan tentang amalmu yang masih sedikit kerana Dia tidak membuka jalan tadi melainkan Dia berkehendak memperkenalkan diri-nya kepada kamu.
Sunday, January 9, 2011
Kalendar Seminar Januari 2011
Seminar Terapi Hati. On line Dgn Allah & Offline Dgn Iblis. Rahsia Reformat Diri & Hidup Anda... Langkah PERTAMA & Paling UTAMA untuk Mengubah Diri & Hidup kita adalah dengan Menghargai, Menyayangi & MENGENALI DIRI kita...
JB 15/1/2011, IPOH 22/1/2011 dan KL 29/1/2011 .
Berminat Sila SMS Nama, NoTel, No IC ...serta LOKASI ke
Friday, January 7, 2011
Kebahagiaan di sebalik penderitaan
Carilah Kebahagiaan di sebalik penderitaan, Carilah Rahmat di sebalik ujian, Cari lah kesempurnaan di sebalik kekurangan, Carilah Cinta di sebalik kebencian, Carilah Hakikat di sebalik kezahiran...semua itu pasti tidak akan di temui Sekiranya KITA TIDAK kembali pada diri & menemui CINTA sejati PADA YG MAHA MENJADIKAN kita & MAHA MEMILIKI SEGALA2nya....ALLAH YG MAHA AGUNG.
Thursday, January 6, 2011
Bersama kesusahan itu ada kemudahan
Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selapas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, Insyirah:5.
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Tuesday, January 4, 2011
Apa di dalam hati mu??
Tidaklah Allah melihat kedudukan seorang hamba, melainkan apa yang tertanam dalam hati dan buah yang muncul dari hati tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَادِكُمْ وَلاَ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ. وَأَشَارَ بِأَصَابِعِهِ إِلَى صَدْرِهِ
“Sesungguhnya Allah tidaklah melihat pada bentuk jasad dan wajah-wajah kalian, akan tetapi Dia akan melihat pada hati kalian, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk dada beliau.”
(Hadits riwayat Muslim, no. 6542 dalam Bab Tahrimu Dzulmi Al Muslilmi wa Khudzlihi wa Ihtiqorihi wa Dammihi wa ‘Irdhihi wa Maalihi)
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَادِكُمْ وَلاَ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ. وَأَشَارَ بِأَصَابِعِهِ إِلَى صَدْرِهِ
“Sesungguhnya Allah tidaklah melihat pada bentuk jasad dan wajah-wajah kalian, akan tetapi Dia akan melihat pada hati kalian, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk dada beliau.”
(Hadits riwayat Muslim, no. 6542 dalam Bab Tahrimu Dzulmi Al Muslilmi wa Khudzlihi wa Ihtiqorihi wa Dammihi wa ‘Irdhihi wa Maalihi)
Monday, January 3, 2011
Kenalilah Tuhanmu!!!
Ramai orang yang bekerja sehari-suntuk atau mempelajari ilmu dunia sehari-semalam tetapi jiwanya kosong dari mengenal Tuhan. Sungguh dia diberi pendidikan dunia yang tinggi tetapi begitu jahil dalam mengenal tuhan dan peraturan tuhan.
Tuhan padanya sungguh jauh tatkala dia hidup senang tetapi ketika susah pandai pula mencari Tuhan. Itulah hakikat insan yang kadang-kala terjadi pada diri kita sendiri. Kita ini kadang-kadang lalai dengan segala kenikmatan yang diperolehi.
Tetapi rahmat Allah sentiasa ada. Dia tak kedekut pada hamba-Nya. Dia sentiasa memberi kemaafan pada hamba-Nya yang bertaubat selagi mana hambaNya itu tak melakukan syirik padaNya..Itulah Allah, Tuhan semesta alam yang menguasai tujuh petala-langit dan tujuh petala bumi..
Ya Allah, kurniakanlah aku sakinah dan kebahagiaan hati tatkala ku merasai jiwa ini kosong dan semakin jauh dengan Engkau..Ya Allah ampunilah dosa kami yang selalu bermaksiat pada Mu ya Allah...
Sunday, January 2, 2011
Bersabar menghadapi ujian??
Allah SWT sentiasa menguji manusia sama ada dengan nikmat mahu pun musibah. Allah SWT berfirman bermaksud: "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: Tuhanku sudah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian)." (Surah al-Fajr: ayat 15-17)
Subscribe to:
Posts (Atom)