Thursday, January 20, 2011

Kesempurnaan taqwa

Abu al Darda' r.a pernah berkata "Kesempurnaan taqwa itu adalah apabila seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekali pun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram". Kata-kata sahabat Rasulullah saw ini selaras dengan hadis Baginda saw yang bermaksud 'Tidak akan sampai seorang hamba kepada darjat orang yang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa kerana bimbang jatuh dalam perkara yang ditegah Allah'
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...