Wednesday, July 20, 2011

Kenalilah diri

Kenalilah diri. Fahamilah kebiasaannya. Rasakan setiap getaran-getarannya. Lalu berhati-hati dan kawallah kemahuan dan kecenderungannya. Waspada kekurangannya dan manfaatkan kelebihannya. Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan ilmu-Nya tentang diri. Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf b...in Asbath, murid Sufyan Ats Tsauri: “Allahumma arrifni nafsii”, Ya Allah kenalkan aku dengan diriku…

JIWA (HATI) manusia banyak menyimpan RAHSIA. Misteri hati dan jiwa manusia sukar dikenali dengan baik kecuali dengan Bantuan Allah SWT kepada kita. Kerana itu ulama terkenal yang ahli dalam masalah kejiwaan Sahal bin Abdillah mengatakan bahawa Mengenali Diri sendiri itu 'lebih sukar' dan 'lebih halus' daripada mengenali musuh. Ertinya, aib dan kekurangan yang terselubung dalam diri sangat sukar dikesan, dan harus dibuka oleh Allah agar seseorang dapat membersihkan diri dan jiwanya.

Jika seseorang telah berjaya mengenal dan mengetahui bagaimana keadaan jiwanya, maka dia dengan mudah mengawal dan mengawasi keinginan-keinginan buruknya. Inilah yang dikatakan ulama Mekah bernama Wuhaib bin Ward. “Sesungguhnya di antara kebaikan jiwaku adalah pengetahuanku tentang keburukan jiwaku. Cukuplah seorang mukmin memelihara dirinya daripada keburukan bila dia mengetahui keburukan jiwanya kemudian dia meluruskannya”.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...