Pesanan Nabi
Dari
Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi s.a.w. yang meriwayatkan dari
Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata :
Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan
atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah
kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku
berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan
daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam
dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka
mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala
dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu
merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak
mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai
hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan
orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis
manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang
manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan
barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika
sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian
di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya
berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu,
nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit
pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya
orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara
kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul
pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku
akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan
permintaannya,nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun
dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum
yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya
semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu
sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu
daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji
Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela
kecuali dirinya sendiri. " (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment