*Sejarah ini dipetik dari Buku Sejarah Melayu-Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar). Terbitan DBP.Ms.72.-B77.Penyelenggara: A.Samad Ahmad.
…..Setelah berapa lamanya baginda diatas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi Mustafa Rasulullah salla’llahu’alai wa salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar,”Ucap olehmu:” Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.” Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wa salam itu diturutinya. Maka Sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar, “Ada pun nama mu Sultan Muhammad Syah (Sejarah gelaran nama SULTAN yang sebenar nya diberi oleh Rasulullah kepada Sultan Melaka). Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orang nya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar,”Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka nabi salla ‘llahu’alaihi wa salam pun ghaiblah.
Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar,”Bahawa mimpi aku ini. Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.”Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekeliannya pun hairan mendengar yang disebut raja itu.
Maka kata raja perempuan, Entah kena syaitankah raja ini, atau gilakah raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.”
Kedatangan Islam Ke Melaka
Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera dating, lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Baginda raja tiada berhenti-henti daripada menyebut “La ilaha i’l Allah. Muhammad-ar-rasulullah.” Maka kata Bendahara,”Bahasa mana yang disebut raja ini?” Titah raja,”Semalam beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan, Rasulullah salla ‘llahu ‘alaihi wa salam. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka kata Bendahara,”Jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya?” Maka titah Raja Kecil Besar,” Alamatnya kalam beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah salla ‘llahu ‘alaihi wa salam: dan sabda Rasulullah pada hamba, Asar sekarang dating sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya dipantai Melaka itu sembahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya.” Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti di khatankan orang. Maka kata Bendahara, “ Jikalau sungguh dating kapal asar ini, benarlah mimpi raja itu; jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu raja ini,” Maka titah baginda, “Benar seperti kata bapa hamba, Bendahara itu.” Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya.
Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia dating berlabuhlah;maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melak itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu,”Mengapa orang itu tonggang-tunggik?’ Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang didalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada segala Orang Besar-besar,”Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu.”…….Maka raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang, baginda digelarnya seperti sabda nabi salla ‘llahu ‘alaihi wa salam – Sultan Muhammad Syah.
No comments:
Post a Comment