Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati.
Neraca Iman: Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya.
Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? Yang mungkin berpulu-puluh tahun lagi.
Neraca Iman: Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari ataupun aku tidak akan mati sekejap lagi.
Neraca nafsu: Aku tak mampu. Bukankah itu ketentuan Ilahi? Tapi, bukankah telah lama kau peliharanya. Andaikan kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan amal-amal yang terdahulu. Dah banyak pahala!!
Neraca Iman: Justeru, jaminkan aku dengan amalku itu sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya.
Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi. Hanya Dia yang layak memberikan jaminan.
Neraca Iman: Justeru, marilah bersamaku. Terusan mengejar cinta Dia.
Neraca nafsu: Cinta dia? Ya, perlu itu. Tapi, aku tahu nalurimu juga mahukan cinta dunia bukan? Aku pasti kau juga tahu betapa indahnya cinta dunia bukan?
Neraca Iman: Wahai nafsu, tenang-tenanglah dikau. Kan ku curahkanmu dengan kasih dan cinta Tuhan. Hentikan bicaramu wahai nafsu.
Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya cinta Tuhan?
Neraca Iman: Memang benar apa yang dikhabarkan. Kau tidak akan pernah berhenti atau diam daripada memujuk rayu. Jika aku dihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila. Wahai nafsu, tak rase bersalahkah engkau? Tidak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tidak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudah pasti Dia rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya. Dia pasti rindu dan cemburu andai kau punya cinta lebih dari cintamu padaNya. Jangan pernah kau abaikan Dia. Selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekatimu. Aku rindukan belaianNya. Jangan kau pujuk rayu aku lagi. Wahai nafsu, cukuplah.
Neraca nafsu: Baiklah. Bisikkan padaku cinta Tuhan.
"Katakanlah (Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), taatilah Allah dan rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
[Ali Imran : 31-32]
Neraca Iman: Itu janjiNya. Aku perlu ikut apa yang Rasulullah ajarkan dan apa yang telah Allah khabarkan. Jangan kau teruskan pujuk rayumu kerana aku ingin sahut cintaNya.
Neraca nafsu: Baiklah, kali ini kau menang. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu. Moga cintamu pada Tuhan akan selama menjinakkanku. Aku akan datang lagi memujuk rayumu.
Neraca Iman: Ya Allah, moga aku terus diberikan kekuatan. Hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu. Jangan kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu. Moga Allah berikan kekuatan dengan kekuatan cintaNya. Aminn.
By KNOWING OUR SELF & Remembering ALLAH Every Second Without Fail…OUR SELF & LIFE WILL BE GUIDED & MANAGED BY HIM TO ENJOY LIFE BY CREATING UNLIMITED BLESSED HEALTH, WEALTH & HAPPINESS TOGETHER... Lovingly.Caringly.Sharingly
Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Mengapa MARAH?
Satu lagi sikap suka marah.. marah2 sayang? marah2 menyampah?? marah2 geram...? marah2 rasa nak telan? marah2 rasa nak bakar? Sesungguhnya MARAH adalah secebis API yang dinyalakan dalam HATI... maksudnya kalau kita marah... boleh terbakar HATI kita.. kalau marah sangat2...?? Mau HANGUS!! Astaghfirullah al azim... Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).
Tuesday, December 28, 2010
Mengapa TAKABUR??
Rasulullah Saw bersabda: Janganlah kalian takabur, karena sifat takaburlah yang mendorong iblis tida...k mau bersujud kepada Nabi Adam. Janganlah kalian berkeinginan yang menggebu-gebu, karena sesungguhnya keinginan yang menggebu-gebulah yang mendorong Adam untuk memakan buah terlarang, dan janganlah kalian dengki karena sesungguhnya ke-dua anak Adam (Qabil dan Habil) seorang diantaranya membunuh yang lainnya karena terdorong oleh rasa dengki. Sesungguhnya semua sifat yang telah disebutkan tadi merupakan pangkal setiap perbuatan dosa [HR. Ibnu Asakir]
Monday, December 27, 2010
QS Al Ahqaf 15
”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
'Tuhanku, anugerahkanlah aku kemampuan untuk mensyukuri nikmat-MU yg telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal shaleh yg Engkau ridhoi,dan masukanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam hamba hamba -MU yg saleh''. (QS An -Naml 19)
Sunday, December 26, 2010
Khatamun Nubuwwah
Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam At Turmuzi Radhiyallahu 'anhu katanya :
Barangsiapa menilek atau memandang kepada "Khatamun Nubuwwah" sedang ia berwudhu' pada waktu subuh, nescaya memelihara Allah akan dia hingga membawa ke petang. Dan barang siapa menilek kepadanya pada waktu maghrib terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga barang siapa menilek kepadanya pada awal bulan nescaya memelihara Allah akan dia dari segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu.Selanjutnya barang siapa yang menileknya kepadanya sewaktu hendak berjalan (musafir) nescaya jadilah sepanjang perjalanannya itu barakah dan selamat dan barang siapa mati dalam tahun itu nescaya dimatikan Alllah dalam iman insya Allah Ta'ala, tetapi hendaklah yakin sepenuh hati kepada Allah S.W.T. dan sekurang-kurangnya berselawat keatas Junjungan Besar Rasullulah, Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 33 kali atau 313 kali sehari agar mendapat kerahmatan, keberkatan, keredhaan, hidayah, pimpinan, petunjuk dan kasih sayang Allah S.W.T Insya Allah.
DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN NABI MUHAMMAD S.A.W
NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA YANG MENJADIKAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI RUMAH ITU DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA NABI S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU (PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA PENYAKIT TAUN DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP IMAN DAN MELUASKAN OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS SABDA NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK DI DALAM SYURGA DAN MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA.DAN KATA IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN NUBUWWAH NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN MELHAT WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.
Ucapkanlah.....
" Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat k...epadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebany...ak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."
[Riwayat Imam at-Tirmizi]
Friday, December 24, 2010
Di Mana kita?
Hidup ni jgn sampai kita Tinggi hanya pada Sekolah tapi Rendah Akhlak Tak Belajar, Banyak nya Belajar Tapi Kurang nya Ajar. Mengaji Tapi Tak Mengkaji. Zikir Tapi Tak Ingat, Ingat tapi Tak sedar. bercakap Tapi Tak Berkata2. hanya baca Al Quran, Tapi Tiada dengar Wahyu. Alim pada zahir, Tapi Zalim Pad Batin. Baca Macam2 Ayat Tapi Tiada Berkat. pandai tapi Memandai2. Bijak Tapi Di Pijak. Bertawakal Tapi MENGAKAL2. Ketawa Pada Luaran, Tapi Di Hati Menderita? Sesat tapi bangga. Org lain Mabuk Di Laut, Kita Mabuk di darat? Miskin Jiwa, Muflis Ihsan, Kaya Laknat....Di Mana kita?
Thursday, December 23, 2010
Orang Mukmin yang taat...
Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkat...lah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu).
Wednesday, December 22, 2010
JADILAH HAMBA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH
“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqw...a diantara kalian…” [alHujurat (49) : 13]
Wasiat Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal ra, “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Ahmad, At-Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda:” Bahwasanya seorang hamba, tidaklah akan mencapai derajat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang (barang yang harus atau halal) supaya tidak terjerumus pada hal- hal yang dilarang ” ( Hadis Hasan ; riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Baihaqi )
Wasiat Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal ra, “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Ahmad, At-Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda:” Bahwasanya seorang hamba, tidaklah akan mencapai derajat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang (barang yang harus atau halal) supaya tidak terjerumus pada hal- hal yang dilarang ” ( Hadis Hasan ; riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Baihaqi )
Tuesday, December 21, 2010
Surah Al-An`aam:050
Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka ...apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"
Monday, December 20, 2010
10 sebab mengapa doa tidak dimakbulkan....
Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,
"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ...ia berdoa kepadaKu...'2:186."
Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....
Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
Friday, December 17, 2010
DEFINASI : ORANG YANG LALAI.... ?
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai HATI, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai MATA (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan m...ereka mempunyai TELINGA (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" Al-A`raaf :179
Thursday, December 16, 2010
Hati yang berzikir...
HATI yang berzikir kepada Tuhan ialah HATI yang merasa berTuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. HATI yang merasa hebat, gerun dan takut pada ALLAH kerana HATI yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh ALLAH. HATI yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini. HATI yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. HATI yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.
Tuesday, December 14, 2010
QS Al-Israa`: 7
Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musu...h-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
Sunday, December 12, 2010
Perbezaan Alimbillah Dengan Arifbillah
Ia mempercayai ALLAH berdasarkan hujah ilmu dan akal
Atas dasar ilmu ia tidak boleh menolak adanya Tuhan
Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa berTuhan
Takut dan cintanya dengan ALLAH tidak dapat dirasakan
Berlainan sekali Al Arifbillah
Orang yang mengenal ALLAH dengan makrifat yang mendalam
Ilmunya memberitahu
Dikuatkan dengan perasaan hati yang sentiasa sedar rasa berTuhan
Al Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah
Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati
Dan tidak diperbincangkan dengan amalan
Al Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam
Perasaan itu payah hendak diungkaikan
Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan
Al Arifbillah bercakap berdasarkan pengalaman
Al Alimbillah bercakap di atas dasar ilmu pengetahuan
Al Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam
Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan
Al Alimbillah sifat-sifat mazmumahnya yang terserlah
Terutama sifat-sifat ego, riak dan megah
Gila nama dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya
Al Arifbillah , sanjungan dan pujian itulah yang menyeksa hatinya
Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya
Al Alimbillah belum menyelamatkan seseorang
Al Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan
Thursday, December 9, 2010
Jadual Disember 2010...
KL 11-12-2010
Ipoh 18-12-2010
JB 25-12-2010
Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
016-655 7591
013-262 7111
013-262 7222.
Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".
Thursday, December 2, 2010
Bersyukurlah...
Imam Shadiq a.s berkata, "Ketika sebagian orang menunjukkan tidak bersyukur atas rahmat Allah, Dia menukar rahmat kepada musibah. Ketika sebagian orang lain menunjukkan ketabahan terhadap musibah yang menimpa mereka, Allah mengubah musibah itu menjadi rahmat".
Wednesday, December 1, 2010
Dirimu adalah rahsia Allah.....
Dirimu adalah rahsia Allah, tiada yang mengetahuinya melainkan orang yang berilmu. Mengenali diri ad...alah pembukaan pada rahsia alam ghaib yang tinggi. Ramai manusia yang telah buta dan tertipu dengan pandangan basyariah. Mereka tidak dapat melihat hakikat di sebalik kehidupan. Jiwa dinodai dengan cinta dunia, Tuhan dibelakangi dan akibatnya hati terhijab dengan cahaya kebenaran. Hati tidak berfungsi sebagai alat menerima hidayah, hati tidak menyelami rahsia makrifat dan akhirnya hati menjadi mati untuk iman.
Subscribe to:
Posts (Atom)