Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam At Turmuzi Radhiyallahu 'anhu katanya :
Barangsiapa menilek atau memandang kepada "Khatamun Nubuwwah" sedang ia berwudhu' pada waktu subuh, nescaya memelihara Allah akan dia hingga membawa ke petang. Dan barang siapa menilek kepadanya pada waktu maghrib terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga barang siapa menilek kepadanya pada awal bulan nescaya memelihara Allah akan dia dari segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu.Selanjutnya barang siapa yang menileknya kepadanya sewaktu hendak berjalan (musafir) nescaya jadilah sepanjang perjalanannya itu barakah dan selamat dan barang siapa mati dalam tahun itu nescaya dimatikan Alllah dalam iman insya Allah Ta'ala, tetapi hendaklah yakin sepenuh hati kepada Allah S.W.T. dan sekurang-kurangnya berselawat keatas Junjungan Besar Rasullulah, Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 33 kali atau 313 kali sehari agar mendapat kerahmatan, keberkatan, keredhaan, hidayah, pimpinan, petunjuk dan kasih sayang Allah S.W.T Insya Allah.
DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN NABI MUHAMMAD S.A.W
NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA YANG MENJADIKAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI RUMAH ITU DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA NABI S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU (PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA PENYAKIT TAUN DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP IMAN DAN MELUASKAN OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS SABDA NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK DI DALAM SYURGA DAN MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA.DAN KATA IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN NUBUWWAH NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN MELHAT WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.
No comments:
Post a Comment