Friday, December 31, 2010

Bicara : Nafsu vs Iman... utk dijadikan renungan..?

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati.
Neraca Iman: Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya.

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? Yang mungkin berpulu-puluh tahun lagi.
Neraca Iman: Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari ataupun aku tidak akan mati sekejap lagi.

Neraca nafsu: Aku tak mampu. Bukankah itu ketentuan Ilahi? Tapi, bukankah telah lama kau peliharanya. Andaikan kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan amal-amal yang terdahulu. Dah banyak pahala!!
Neraca Iman: Justeru, jaminkan aku dengan amalku itu sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya.

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi. Hanya Dia yang layak memberikan jaminan.
Neraca Iman: Justeru, marilah bersamaku. Terusan mengejar cinta Dia.

Neraca nafsu: Cinta dia? Ya, perlu itu. Tapi, aku tahu nalurimu juga mahukan cinta dunia bukan? Aku pasti kau juga tahu betapa indahnya cinta dunia bukan?
Neraca Iman: Wahai nafsu, tenang-tenanglah dikau. Kan ku curahkanmu dengan kasih dan cinta Tuhan. Hentikan bicaramu wahai nafsu.

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya cinta Tuhan?
Neraca Iman: Memang benar apa yang dikhabarkan. Kau tidak akan pernah berhenti atau diam daripada memujuk rayu. Jika aku dihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila. Wahai nafsu, tak rase bersalahkah engkau? Tidak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tidak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudah pasti Dia rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya. Dia pasti rindu dan cemburu andai kau punya cinta lebih dari cintamu padaNya. Jangan pernah kau abaikan Dia. Selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekatimu. Aku rindukan belaianNya. Jangan kau pujuk rayu aku lagi. Wahai nafsu, cukuplah.

Neraca nafsu: Baiklah. Bisikkan padaku cinta Tuhan.
"Katakanlah (Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), taatilah Allah dan rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
[Ali Imran : 31-32]
Neraca Iman: Itu janjiNya. Aku perlu ikut apa yang Rasulullah ajarkan dan apa yang telah Allah khabarkan. Jangan kau teruskan pujuk rayumu kerana aku ingin sahut cintaNya.

Neraca nafsu: Baiklah, kali ini kau menang. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu. Moga cintamu pada Tuhan akan selama menjinakkanku. Aku akan datang lagi memujuk rayumu.
Neraca Iman: Ya Allah, moga aku terus diberikan kekuatan. Hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu. Jangan kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu. Moga Allah berikan kekuatan dengan kekuatan cintaNya. Aminn.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...