banyak ketawa mematikan hati
Rasulullah
SAW bersabda bermaksud:
"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak
ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Saidina
Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya
akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya
berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang
sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif.
Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi
dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia
daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
No comments:
Post a Comment