Firman tuhan: "jgn kamu (manusia) mencari aku nescaya kamu tidak akan ketemui aku, tetapi kenalilah aku di dalam diri kamu.maka akan kamu ketemui lah hakikat diri AKU….."
Untuk
membersihkan HATI, perlulah mendapat bimbingan & latihan daripada
seorang "Doktor Kerohanian" yang bertugas untuk memperbaiki hal-hal diri
batin agar Mengenal diri, Kerana "Barangsiapa mengenal diri nya, dia mengenal Tuhan nya"..
Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat melaksanakan nya dengan izin ALLAH
& hanya dengan mengingati Allah (Zikrullah jua yang dapat
membersihkan HATI yang gelap gelita. Dengan bai'ah guru &
bimbingannya, serta mengingati ALLAH itu, HATI dapat di suci bersihkan
agar bersinar. Maka dengan HATI yang Bercahaya itu mampu Tersingkap
segala hijab agar dapat memandang ALLAH Ta'ala & segala perkara
& alam yang ghaib. Tujuan utama nya jugatidak lain hanya untuk
mengenal ALLAH TA"ALA & menghampirkan diri kepadanya dalam Keredhaan
nya semata-mata.
Oleh sebab itu, untuk mencapai maksud
agar memenuhi kewajipan bagi memenuhi hak diri sepertimana yang di
katakan bahawa Awaluddin Ma'rifatullah, seawal agama mengenal ALLAH,
hendak lah benar2 Mempelajari atau berguru dengan org2 yang benar2
mempunyai ilmu & benar2 telah sampai kepada ALLAH secara praktikal,
ia nya paling penting, paling berharga, paling bernilai kerana Guru itu
telah benar2 diterima ALLAH ,bertemu ALLAH & benar2 di iktiraf
ALLAHH, layak & mampu membimbing anak murid nya hingga benar2 sampai
kepada ALLAH mengikut jalan kenabian & kerasulan. Sangat lengkap
dengan zahir, batin, awal akhir nya serta berilmu dengan hanya ilmu yang
di redhai ALLAH & berhikmah. benar2 menjadi hamba ALLAH yang sejati
& benar2 menghamba & mengabdikan diri kepada ALLAH semata2.
Sanggup bermujahadah dengan memnundukan akal,hawa,nafsu,emosi dll. Allah
melimpahkan kepada mereka ilmu yang di redhai ALLAH & Hikmah yang
menjadikan mereka lebih tinggi darjatnya daripada manusia lain.
ALLAH sendiri memberkati mereka yang berlumba2 mengharap keredhaan & Cinta Allah dengan ikhlas & sangat di kasihi ALLAH.
Nabi
pernah bersabda, mafhumnya:" Di hari kiamat nanti ALLAH Ta'ala akan
mengumpulkan semua manusia & kemudian berfirman kepada mereka:"Wahai
ahli ilmu KU, AKU kurniakan ilmu KU kepada kamu KERANA KAMU MENGENAL
KU & AKU KENAL PADA MU. Aku tidak memberi kamu ilmu untuk menghukum
kamu pada hari ini. Masuklah dalam syurga KU. Aku telah Meredhai &
mengampuni mu."
Maka Beruntunglah hamba2 yang diredhai & di CINTAI ALLAH?
No comments:
Post a Comment